Assalamualaikum.
Memulakan perkongsian dengan memperkenalkan diri sebagai "makcik Siti" dari Aqsa Syarif , membawa anak-anak menghayati konsep persaudaraan Islam yang lebih luas, bukan terbatas dikalangan mereka yang disekeliling sahaja. Memperkenalkan saudara mereka yang berada di bumi Palestin yang sekarang ini sedang dizalimi dari pelbagai sudut. Dengan bantuan gambar-gambar, makcik Siti terpaksa berhempas pulas mencari ayat paling mudah untuk memahamkan anak-anak tentang situasi di sana. Di sambut dengan pelbagai soalan dari anak-anak yang pintar ini. Suasana agak meriah.
Namun selepas disiarkan tayangan video lakunan semula dari turki tentang pencerobohan Israel keatas rumah-rumah diPalestin, suasana menjadi sunyi sepi. Mereka begitu menghayati video tersebut.kemudian kedengaran suara dibelakang. "Makcik,kesiannya dia...".Ya, sangat kesian, berbeza dengan kehidupan kita di sini. Seterusnya dikongsikan juga gambar-gambar ke mana sumbangan disalurkan.(tadika ini turut menyumbang untuk tabung palestin). Atas permintaan guru besar, disiarkan gambar-gambar yang dekat dengan mereka seperti lawatan ke ladang lembu, kilang roti, ternakan ikan.
Sebagai penutup, mengajak anak-anak untuk sama-sama membantu suadara-saudara di Palestin kerana mereka juga adalah saudara-saudara kita melalui
1) Doakan mereka. Anak-anak memaklumkan selepas solat mendoakan ibubapa,minta ditambahkan satu lagi doa kepada saudara di palestin agar diberi kekuatan dan kemenangan.
2) Sama-sama menabung untuk palestin.
3) Boikot barang-barang keluaran Israel dengan memberi penekanan 3 yang besar McD, coca-cola, nestle. Ada seorang bertanya,"mak cik,saya beli coca-cola dengan orang melayu? "Ya,yang menjualnya orang melayu sayang, tapi syarikat yang mengeluarkan coca-cola adalah milik Israel" OH!!!anak manis ini kelihatan sangat terperanjat.Ya Allah masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat untuk menyedarkan masyarakat.
Semoga perkongsian ini dapat menyemai rasa kasih sesama saudara Islam, terutama menginsafi kesusahan saudara di Palestin dikalangan anak-anak. Juga menjadi batu loncatan untuk anak-anak mendesak ibubapa sama-sama melaksanakan boikot pada barangan Israel.
Wallahu A'lam
Siti Ramlah
Peserta Aqsa2Gaza2
juga aktivis Aqsa Syarif Subang Jaya






0 comments:
Post a Comment